Sukan

Safawi Rasid adalah antara tiga yang terpilih

Pemain sayap, Safawi Rasid adalah antara tiga yang dilantik sebagai kapten pasukan kebangsaan bagi menghadapi kejohanan Piala Raja Thai di Chiangmai pada Khamis ini hingga 25 September.

Keputusan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon itu dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi kenyataan ringkas pada akaun Facebooknya, badan induk bola sepak negara itu menjelaskan Safawi akan bergandingan bersama Syafiq Ahmad dan Dion Cools sebagai kapten Harimau Malaya bagi kejohanan yang akan berlangsung di Chiang Mai, Thailand.

Syafiq dan Dion sebelum ini bersama-sama penjaga gol, Farizal Marlias dan Safiq Rahim adalah empat kapten Harimau Malaya ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2023, Jun lalu.

“Tetapi, dengan ketiadaan Farizal dan Safiq bagi kem latihan pusat kali ini, Safawi dinamakan sebagai pengganti untuk membentuk gandingan tiga kapten Harimau Malaya ke Chiang Mai,” kata kenyataan itu.

Safawi menyertai skuad senior kebangsana sejak 2016 dan dia pernah menjadi antara aset paling penting buat pasukan kebangsaan terutama ketika Piala AFF 2018.

sumber:- BH

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) berusia 25 tahun itu muncul sebagai penjaring terbanyak bersama dua bintang Thailand, Chanathip Songkrasin dan Teerasil Dangda serta Bienvenido Maranon (Filipina) ketika Piala AFF 2020 dengan mel3dak empat gol.