Sukan

Goh Jin Wei sah tarik diri

cara badminton Sukan Malaysia (Sukma) 2020 mungkin hilang seri apabila dikhabarkan bekas ratu perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei menarik diri sebelum turun ke gelanggang Selasa ini.

Pengurus pasukan badminton Pulau Pinang, Razlan Rajan Abdullah mengesahkan situasi terbabit namun menjelaskan bahawa keputusan terbabit bukanlah disebabkan pemain itu mengalami kec3deraan namun perlu menyertai kejohanan di luar negara.

Beliau berkata, Jin Wei mahu membuat persiapan sebelum menyertai Kejohanan Antarabangsa Chattisgarsh di India yang berlangsung serentak dengan acara badminton di Sukma.

Ia sekali gus merentap peluang Pulau Mutiara yang sebelum ini mensasarkan pingat emas bagi acara perseorangan wanita.

Kami dah cuba sedaya upaya kami, termasuk meminta Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang, Yang Berhormat Soon Lip Chee untuk memujuk Jin Wei, tetapi dia masih dengan tetap dengan pendiriannya, kerana menurut dia mempunyai komitmen dengan pihak penajanya, jadi kami tidak boleh berbuat apa-apa mengenai perkara itu.

“Kami akui keputusan diambil Jin Wei amat pahit tetapi kami terpaksa meneruskan perancangan kami, cuma kami terpaksa ubah sasaran kami daripada pingat emas berkemungkinan kepada pingat perak atau gangsa, dengan harapan kini kepada beregu campuran atau lelaki,” katanya.

Jin Wei pernah mencipta sensasi apabila menjadi pemain termuda memenangi pingat emas dalam acara badminton perseorangan wanita ketika edisi 2014 di Perlis menewaskan pemain Selangor, Yang Li Lian.

Selain itu, Razlan berkata, pasukan badminton Pulau Pinang tidak akan goyah walaupun tanpa kehadiran Jin Wei pada edisi kali ini.

“Kami mengharapkan undian esok (hari ini) akan memihak kepada kami, dan daripada situ baru kami boleh mencongak peluang kami untuk edisi kali ini.

sumber:- HM

“Biarpun tanpa Jin Wei, saya masih percaya kami boleh mencipta kejutan, kerana ia bukanya mustahil,” katanya.