Sukan

Reaksi Ten Hag selepas Ronaldo berjaya tamatkan kemarau gol

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, berkata Cristiano Ronaldo “memerlukan gol itu” selepas striker veteran berkenaan akhirnya memperoleh jaringan pertamanya sepanjang musim ini ketika menewaskan Sheriff Tiraspol dalam Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

Ronaldo menjaringkan gol sepakan penalti sewaktu pasukannya meraih kemenangan 2-0 di Moldova, di mana pasukan bimbingan Ten Hag itu turut meraih tiga mata pertama dalam UEL.

Ia merupakan jaringan pertama pemain berusia 37 tahun itu selepas lapan penampilan sepanjang musim ini, yang juga merupakan jaringannya yang ke-699 di peringkat kelab.”Ronaldo perlukan gol itu,” kata Ten Hag.

“Dia banyak kali hampir melakukannya (dalam musim ini) tetapi dia benar-benar mahukannya.”Kami gembira untuknya dan pasukan ini mahu memberikannya jaringan.

“Anda sentiasa tahu Ronaldo akan menjaringkan sepakan penalti,” katanya.Aksi di Stadionul Zimbru itu menyaksikan Jadon Sancho terlebih dahulu meletakkan pelawat di depan pada minit ke-17 sebelum Ronaldo menggandakan jaringan berkenaan pada minit ke-39.

sumber:- SA

United kini berada di tangga kedua Kumpulan E dengan tiga mata daripada dua perlawanan dan ketinggalan tiga mata di belakang pasukan pendahulu, Real Sociedad.