Sukan

Juara bertahan sah tersingkir awal

JUARA bertahan bola sepak Sukan Malaysia (Sukma), Perak terpaksa melupakan ibu pingat emas lebih awal apabila sah tersingkir daripada saingan kali ini.

Selepas tewas 2-0 kepada Selangor di perlawanan pertama Kumpulan A, skuad kendalian Mohd. Shahril Nizam Khalil terpaksa akur untuk melupakan pingat emas lebih awal apabila tunduk 1-0 kepada Wilayah Persekutuan di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, semalam.

Perak bermula agak baik namun Wilayah Persekutuan menjadi pasukan lebih tajam apabila membuka jaringan menerusi Muhammad Iman Fakhrullah Zamri pada minit ke-23.

Walaupun dilihat lebih menguasaj aksi di babak kedua, kecemerlangan pertahanan Wilayah Persekutuan dan penjaga golnya, Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin memastikan mata maksimum buat Wipers sekaligus muncul pasukan pertama layak ke suku akhir.

sumber:- SH

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A di Arena Universiti Malaya menyaksikan Selangor berjaya menewaskan Negeri Sembilan 1-0.