Sukan

TFC bangkit bergaya

Finalis Piala FA musim ini, Terengganu FC (TFC) berjaya membalas d3ndam kekalahan lalu selepas merakam kemenangan 3-0 menundukkan Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam tadi.

Pada aksi pusingan pertama di Stadium Bandaraya Jun lalu, skuad kendalian Nafuzi Zain tewas 1-2 kepada skuad Harimau Kumbang itu.

Dengan kemenangan itu, skuad TFC mengumpul 32 mata hasil 18, namun masih kekal di tangga keempat liga, begitu juga Penang FC kekal menghuni tangga tercorot liga dengan mengutip tujuh mata.

Terdahulu TFC yang gagal menamatkan penantian 11 tahun untuk merangkul trofi Piala FA Sabtu lalu selepas tumpas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-1, bermula garang dengan percubaan pertama menerusi Manuel Ott pada minit ketujuh yang hanya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol skuad Harimau Kumbang.

Dua minit berselang, giliran kapten, Kipre Tchetche mendapat peluang keemasan untuk mencetak nama sebagai penjaring, namun rembatannya dalam kotak penalti dihalang pertahanan pelawat.

Pada minit ke-22, skuad kendalian Zainal Abidin Hassan berpeluang untuk memimpin perlawanan, namun tandukan T Saravanan hasil umpanan Faizat Ghazali hanya melintasi pintu gol tuan rumah yang dikawal Suhaimi Husin.

Usaha berterusan tuan rumah akhirnya berhasil pada minit ke-36 menerusi pemain sayap, Mohd Faisal Halim yang melakukan rembatan dari dalam penalti selepas mendapat umpanan Petrus Shitembi untuk mendahului 1-0.

Hasil hantaran silang Shetembi pada masa kecederaan babak pertama, Tchetche yang tidak dikawal melompat untuk menanduk bola ke dalam gawang untuk pasukannya mendahului 2-0.

Sedar kemenangan begitu penting buat pasukannya untuk memburu tempat ketiga liga musim ini, Nafuzi memasukkan dua tenaga baharu, Faiz Nasir dan Hakimi Abdullah bagi menggantikan Nik Sharif Haseefy dan Ott, namun masih gagal untuk menambah jaringan.

sumber:- BH

Bagaimanapun pada minit ke-90, Tchetche membuktikan sentuhan berbisanya apabila berjaya mel3dak gol ketiga pasukannya yang juga gol kedua peribadinya pada minit ke-90.