Sukan

Seruan pemilik baharu KDA FC

Pemilik baharu Kedah Darul Aman FC Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar menyeru semua penyokong Sang Kenari untuk turun memberi sokongan padu dalam aksi Liga Super menentang Selangor FC di Stadium Darul Aman malam ini.

Beliau yang juga penaung KDA FC berkata itu berkata, sokongan dan semangat dari kalangan penyokong sangat diperlukan Sang Kenari dalam usaha meneruskan momentum kemenangan selepas kebangkitan dua kali yang dilakar Kedah sebelum ini.

Saya ingin mengajak semua untuk datang ramai-ramai ke Stadium Darul Aman pada 14 September 2022 bagi memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada pasukan kita yang masih bertarung dengan segala kesungguhan dan kecekalan minda serta fizikal bagi menjahit siri kemenangan yang berterusan sehingga ke akhir musim Liga Super 2022.

“Kedatangan anda semua amat bermakna kepada kami semua dan kami yakin suara anda di Stadium Darul Aman boleh membenih keyakinan dan persembahan terbaik daripada pasukan kita, Sang Kenari. Salam hormat dan perjuangan,” katanya.

Kedah yang telah beraksi di peringkat Piala AFC itu dilihat memiliki peluang terbaik dalam mendapatkan tiga mata di laman sendiri berdasarkan rekod tujuh perlawanan berlangsung, Kedah berjaya mencatat empat kemenangan dan diikuti dua seri dan hanya tewas sekali kepada skuad Melaka United.

sumber:- HM

Dengan kedudukan keenam pada carta Liga Super dan mengumpul 24 mata, KDA FC perlu mendapatkan tiga mata lagi untuk kembali berada dalam kelompok lima pasukan teratas liga.