Sukan

Lim Teong Kim sah dilantik sebagai pengendali baharu pasukan

Perak FC bakal tampil pencabar baharu trofi Liga Super musim depan apabila membawa masuk bekas penolong jurulatih akademi gergasi bola sepak Jerman, Bayern Munich, Lim Teong Kim sebagai pengendali pasukan itu.

Teong Kim, 59, yang sebelum ini pernah bergelar Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) diumumkan secara rasmi oleh pemilik Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dengan kontrak selama dua musim.

Jelas Azim, sudah tiba masanya untuk skuad The Bos Gaurus menyusun semula pasukan selepas kekalahan berterusan dalam tiga aksi Liga Perdana sebelum ini.

Matlamat kami ialah menstabilkan kelab, untuk mengekalkan status kompetitif kami dengan pengambilan skuad baharu.

“Pandangan Lim Teong Kim dalam pengurusan akar umbi dan pengendalian pemain muda sangat penting kepada Perak FC dalam proses membina semula pasukan mampan yang boleh bersaing untuk merebut kejuaraan,” katanya.

Untuk rekod, sentuhan Teong Kim dalam mengasah bakat pemain muda cukup terserlah apabila di tangannya lahir pemain-pemain hebat dunia seperti Thomas Muller, David Alaba, Agong Kross dan Emre Can ketika berada di Bayern Munich selama 12 tahun dari 2001-2012.

Malah, sepanjang di AMD sebelum ini, beliau juga adalah individu bertanggungjawab melahirkan bintang muda s3nsasi negara seperti Luqman Hakim Shamsudin yang kini beraksi di Belgium bersama kelab KV Kortrijk.

sumber:- HM

Dijangka, kehadiran Teong Kim yang juga bekas pemain kebangsaan di era lewat 80an itu akan menyaksikan kemungkinan ramai bekas pemain AMD akan dihimpunkannya bagi membentuk skuad terbaik dalam saingan Liga M musim depan.