Sukan

Langkah kanan yang penting untuk Malaysia

Aksi pembukaan berdepan tuan rumah, Mongolia pada kelayakan Piala Asia Bawah 20 tahun (B-20) 2023 disifatkan menjadi aksi yang sangat penting buat skuad Bawah 19 tahun (B-19) tahun negara.

Justeru, pengendalinya, Hassan Sazali Waras menuntut anak buahnya memberikan aksi terbaik bagi memastikan kempen kelayakan di Ulaanbaatar itu dapat dimulakan dengan langkah kanan.

Malah, Hassan juga percaya aspek cuaca di Mongolia tidak akan menganggu persembahan pemain memandangkan situasi di sana tidak begitu sejuk seperti yang dijangkakan.

Perlawanan pertama ini memang penting untuk kita mencari tiga mata bagi memudahkan laluan kita ke perlawanan seterusnya.

Perubahan cuaca juga sudah dijangka berdasarkan kajian yang dijalankan dan kita pun akan beraksi pada sebelah petang dengan suhu mungkin sekitar 15 ke 17 darjah celcius.

“Saya rasa pemain saya tidak ada masalah untuk mengadaptasi cuaca di Mongolia,” kata Hassan.

Dalam masa sama, Hassan tidak bimbang dari segi aspek keserasian dengan dia optimis pemain dapat menjayakan kombinasi menerusi perancangan yang disusun dalam misi meraih keputusan positif.

Majoriti barisan pemain dikekalkan daripada Kejuaraan AFF sebelum ini selain pemain yang dibawa untuk kejohanan jemputan ke Vietnam.

sumber:- BH

“Saya nampak ada kekuatan daripada dua kejohanan yang kita harungi ini untuk dibawa bagi kelayakan Piala Asia ini,” katanya.