Sukan

Selangor calar Rekod Juara bertahan

Juara bertahan, Perak bermula langkah sumbang apabila tewas 0-2 kepada Selangor pada aksi Kumpulan A di Arena Universiti Malaya (UM), dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022, hari ini.

Selangor jelas tampil lebih menyakinkan apabila tidak berhadapan masalah menewaskan Perak yang miliki reputasi hebat dalam saingan Sukma.

Mohd Khairil Mohd Zain terlebih dahulu meletakkan Selangor di depan pada minit ke-25 dan turut memiliki peluang terbaik, aspek sentuhan penyudah jelas mengecewakan Perak.

Ketika aksi hampir berakhir 1-0, Pengiran Ilham Mohd Ag Jumaat terus menambah d3rita Perak dengan menyumbangkan jaringan kedua pada penghujung babak kedua.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Wilayah Persekutuan berjaya menewaskan Negeri Sembilan 1-0.

sumber:- HM

Rabu ini, Perak bakal berdepan tugas getir dan perlu menewaskan Wilayah Persekutuan pada aksi kedua di Stadium UKM manakala, Negeri Sembilan akan membuat perhitungan dengan Selangor di Arena UM.