Sukan

Komen Bojak aksi pemain muda selepas berjaya tewaskan Sri pahang

Kemenangan 2-0 Kuala Lumpur City FC (KL City) berdepan Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur malam tadi, cukup bermakna buat kelab berkenaan.

Pengendalinya, Bojan Hodak berkata, kejayaan mengutip tiga mata adalah keputusan yang positif, sekali gus memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super.

Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan persembahan yang diberikan pemain terutama daripada segi corak permainan.

“Tiga mata yang diraih cukup bermakna dan saya gembira dengan keputusan pada perlawanan malam ini,” katanya.

Pada perlawanan itu, dua gol KL City, masing-masing satu dijaringkan oleh Muhammad Haqimi Azim Rosli dan Zhafri Yahya pada minit ke-30 dan 72.

Mengulas persembahan Muhammad Haqimi Azim, Hodak berkata, striker muda itu beraksi dengan baik di bahagian s3rangan.

Katanya, pemain itu banyak membantu termasuk mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

sumber:- BH

“Namun, secara keseluruhannya semua pemain bermain dengan baik dan berjaya mengutip tiga mata di tempat lawan,” katanya.