Sukan

Jawapan ketika ditanya kemungkinan pemain TFC terima insentif

Walaupun Terengganu FC (TFC) ‘menang!s’ selepas gagal menamatkan penantian selama 11 tahun untuk merangkul trofi Piala FA pada Sabtu lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, kerajaan negeri tetap bangga dengan wira skuad Penyu.

Malah kerajaan negeri juga gembira dengan prestasi anak buah kendalian Nafuzi Zain dalam aksi final itu, namun beberapa kelemahan perlu diperbaiki segera oleh barisan kejurulatihan bagi memastikan impian untuk membvru sekurang-kurangnya satu trofi musim ini tercapai.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kejayaan mara ke pentas final sudah cukup menggembirakan kerana sudah 11 tahun gagal beraksi di pentas itu dalam saingan Piala FA.

Sudah menjadi adat permainan ada pasukan yang kalah dan menang, jadi pemain TFC perlu menerima kekalahan itu dengan hati yang terbuka dengan niat dan tekad untuk melihat di mana kesilapan dan kelemahan untuk diperbaiki dalam aksi seterusnya.

Mereka juga diingatkan usah berputus asa, sebaliknya bagi tumpuan dalam saingan Piala Malaysia pula selepas ini, Piala FA bukan segala-galanya.

Namun secara keseluruhan kami tetap bangga dengan wira TFC yang berjvang habis-habisan untuk membvru trofi itu, tahniah dan syabas walaupun nasib dan rezeki tidak menyebelahi pasukan kami.

“Buat peminat setia, teruskan menyokong pasukan kesayangan anda, terima kasih atas sokongan luar biasa pada Sabtu lalu, kita lihat peminat setia TFC mendominasi keadaan sama ada di luar dan di dalam stadium, daripada segi semangat kita sudah menang awal lagi, jadi teruskan menyokong TFC,” katanya ketika dihubungi.

Ketika ditanya adakah pemain bakal menerima insentif selepas mara ke pentas final, beliau menjelaskan kerajaan negeri sebelum itu sudah memutuskan akan memberikan habuan sebanyak RM30,000 kepada setiap pemain jika berjaya membawa pulang Piala FA ke bumi Darul Iman.

Kerajaan negeri sebelum ini memutuskan dan sudah memaklumkan kepada pemain akan memberikan insentif kepada mereka jika berjaya menjulang trofi Piala FA, tapi penantian 11 tahun gagal, jadi insentif itu tidak ada buat mereka.

sumber:- HM

“Bagaimanapun jika TFC berjaya menjulang trofi Piala Malaysia musim ini, kerajaan negeri akan duduk berbincang mengenai insentif bakal diberikan kepada mereka nanti,” katanya.