Sukan

Usikan manja Fernando Forestieri khas untuk Sanusi

JDT menjulang Piala FA buat kali kedua selepas menewaskan TFC dengan keputusan 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan itu turut menyaksikan penantian JDT untuk bergelar Juara tercapai selepas dikecawakan KL City pada edisi lalu seterusnya menyekat hasrat TFC untuk menamatkan penantian 11 tahun tidak kesampaian selepas kali terakhir skuad Penyu menjuarai Piala FA pada 2011.

Arif Aiman Hanapi mel3dak gol pembukaan buat JDT dengan dua gol disumbangkan Bergson da Silva sementara gol tunggal TFC dijaringkan Tchetche Kipre.

Disebalik Kejayaan itu, Satu Usikan Manja dari Instagram story Fernando Forestieri sangat mencuit hati netizen dengan tulisan “Ini untuk rakan saya @muhammadsanusimdnor_official. Terima kasih atas sokongan anda, nikmati piala ini,” .