Sukan

Diri Sendiri yang salah

Kapten pasukan Terengganu FC (TFC), Tchetche Kipre menjelaskan pasukannya perlu menyalahkan diri sendiri selepas tewas 3-1 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala FA, malam tadi.

Striker berusia 34 tahun itu menganggap JDT beraksi lebih baik pada perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil hingga merangkul kejuaraan Piala FA buat kali kedua selepas 2016.

“Kami sangat kecewa kerana apabila anda bermain di final adalah untuk menang. Kami kalah, jadi tiada apa yang boleh dikatakan, hanya kami boleh salahkan diri sendiri. Saya fikir JDT bermain lebih baik dari kami dan sebab itu mereka menang,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan impian skuad Penyu untuk menjulang Piala FA buat kali ketiga dan menamatkan penantian untuk membawa pulang semula trofi itu ke bumi Terengganu selepas 11 tahun musnah.

Selain itu, Kipre menegaskan bahawa pasukannya perlu melupakan kekalahan di pentas akhir Piala FA dan memberi fokus memperbaiki kedudukan dalam Liga Super.

Kami ada perlawanan pada 14 September (berdepan Penang dalam Liga Super) dan kami perlu fokus. Lupakan perlawanan ini, ia sudah berlalu dan kita tak boleh mengubah keputusan.

sumber:- BH

“Kami perlu fokus kepada Liga Super dan selepas itu memikirkan perancangan untuk piala yang lain. Paling penting adalah Liga Super kerana ia langkah seterusnya selepas Piala FA,” katanya.