Sukan

Pemain buat jurulatih ‘pening’

Jurulatih penjaga gol Terengganu FC (TFC), Yazid Yassin mengakui ‘pening’ untuk memilih penjaga gawang utama berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala FA, malam ini.

Ini kerana dua penjaga gol skuad Penyu, Rahadiazli Rahalim dan Suhaimi Husin kini berada pada tahap prestasi terbaik selain kerap diturunkan dalam kesebelasan saingan Liga Super dan Piala FA.

Bagaimanapun, Yazid berkata, siapa yang bakal diberi peranan sebagai penjaga gawang utama bukan menjadi masalah besar kepadanya kerana kedua-duanya sudah bersedia.

Walaupun Rahadiazli baharu pulih daripada kec3deraan dialaminya, dia sudah bersedia diturunkan.”Sama ada Rahadiazli atau Suhaimi, kedua-duanya sudah bersedia, lagipun minit permainan mereka sama, jadi tiada istilah siapa layak digelar penjaga gol utama.

“Tapi saya perlu melihat perkembangan Rahadiazli terlebih dahulu sebelum dapat memutuskan sama ada penjaga gol muda itu dapat diturunkan atau sebaliknya kerana kec3deraannya membabitkan bahagian kepala, ia agak merisaukan kalau kita membuat keputusan di luar jangkaan,” katanya.

Menurutnya, mereka menunggu laporan daripada doktor dalam masa terdekat dan jika Rahadiazli boleh bermain, jurulatih akan berbincang dan membuat keputusan positif buat pasukan.

Katanya, seorang lagi penjaga gol, Shamirza Yusoff adalah antara pemain berpengalaman dan turut bersedia diturunkan.

sumber:- HM

Sabtu lalu, Rahadiazli dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana pengsan akibat bertembung dengan pemain Melaka United FC pada aksi Liga Super.