Sukan

Kelab baharu Dion Cools

Adakah destinasi seterusnya pemain pertahanan pasukan negara, Dion Cools akan bersama skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim depan?

Situasi terbabit ketika ini bertiup kencang selepas pemain kacukan itu dilepaskan oleh kelabnya FC Midtjylland sekali gus Cools dibenarkan mencari pasukan baharu bagi menghadapi saingan musim 2022/2023.

Keputusan itu sudah mendapat persetujuan kedua-dua pihak dan diumumkan kelab terbabit semalam sekali gus mengesahkan berita terbabit.

FC Midtjylland dan Dion Cools sudah mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak sedia ada, jadi pemain berusia 26 tahun itu bebas mencari kelab baharu.

“Pemain pertahanan Malaysia itu menyertai Midtjylland pada Januari 2020 dari Club Brugge dan telah membuat 53 penampilan. Kami ucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” dipetik dari laman web rasmi kelab.

Perkhabaran berkaitan pemain terbabit kemungkinan disingkirkan oleh Midtjylland semakin hangat diperkatakan apabila dia tidak tersenarai bagi bagi mengharungi saingan Liga Europa (UEL) baru-baru ini.

Mengikut rekod, sebelum ini Cools beraksi secara pinjaman bersama tempoh pinjaman bersama kelab Belgium, Zulte Waregem selama enam bulan bagi menghadapi baki aksi saingan musim 2021/2022.

Malah, membantu Zulte kekal dalam saingan divisyen pertama di mana kelab tersebut menamatkan saingan di tangga ke-16 daripada 18 pasukan yang bertanding.

Sebelum ini, Dion Cools dikaitkan dengan perpindahan ke JDT di mana pemilik kelab iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan bahawa Dion mempunyai keinginan yang tinggi untuk menyarung jersi pasukan terbabit.

Saya dan Dion mempunyai hubungan baik yang begitu lama dan beliau memang menyuarakan hasrat mahu bermain di sini.

sumber:- HM

“Akan tetapi, situasi sekarang adalah sedikit susah untuk pihak kami kerana perlu membayar pampasan untuk tebus kontrak beliau. Saya akan menandatangani Cools kemungkinan pada hujung tahun ini atau tahun hadapan,” katanya.