Sukan

KDA FC akan ambol tindakan undang-undang

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menafikan kelab itu antara yang memiliki masalah tunggakan gaji seperti beberapa pasukan lain dalam liga bola sepak tempatan pada masa ini.

Ini susulan tularnya satu status di media sosial yang menyatakan KDA FC antara pasukan terpalit isu kelab gagal membayar gaji kepada pemain dan kakitangannya.

Melalui kenyataan media dikeluarkan Sang Kenari, hari ini, pihaknya kecewa dengan kenyataan tidak berasas sama sekali berkaitan masalah gaji itu kerana hebahan berkenaan boleh menjejaskan nama baik dan reputasi Sang Kenari.

KDA FC menegaskan pihak pengurusan sentiasa memastikan kebajikan pemain adalah keutamaan dan menafikan sebarang isu terpalit seperti dinyatakan pemilik akaun media sosial itu.

sumber:- HM

KDA FC menuntut agar hantaran itu dipadam dan satu permohonan maaf dikeluarkan dalam masa tujuh hari dan jika gagal berbuat demikian, pihak KDA FC akan meneruskan tindakan undang-undang ke atas pemilik akaun media sosial itu,” menurut kenyataan itu.