Sukan

Ia tidak boleh jadi ukuran untuk Sri Pahang — Dollah

Sri Pahang FC perlu berwaspada dengan Kuala Lumpur City FC (KL City) apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, di sini, malam esok.

Pengendalinya, Datuk Dollah Salleh berkata kejayaan KL City mara ke final Antara Zon Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memerlukan anak buahnya lebih berdisplin sepanjang 90 minit perlawanan.

Bagi saya KL City yang baharu sahaja layak ke final Piala AFC akan tetap beraksi pada tahap terbaik. Biarpun ada yang menyatakan pemain KL City akan memiliki kelebihan selepas pulang dari India, ia tidak boleh dijadikan ukuran.

“Ini kerana KL City sudah pasti membuat persediaan sebaiknya apabila bertemu Sri Pahang,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Justeru, Dollah mahu anak buahnya tidak memandang mudah pertemuan dengan KL City yang pasti mahu mengutip mata di tempat lawan.

Katanya, kelebihan di halaman sendiri akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super.

Pada masa sama, saingan liga hanya berbaki empat perlawanan termasuk berdepan KL City.

“Sudah pasti kami mahu mengutip lebih banyak mata sekaligus menamatkan kedudukan terbaik musim ini,” katanya.

sumber:- BH

Selepas mengharungi 17 perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan ketujuh liga dengan mengutip 21 mata. Jika menang ke atas KL Cty, Sri Pahang mampu melonjak ke kedudukan kelima atau keenam.