Sukan

Import terpaksa dijahit, bakal terlepas aksi

Kec3deraan kaki striker berbisa Sri Pahang FC, Steven Rodriguez mencetus kegelisahan skuad itu menjelang pertemuan dengan Kuala Lumpur City FC, Ahad ini.

Pengendalinya, Datuk Dollah Salleh berkata, striker berasal dari Colombia itu mengalami kec3deraan pada tapak kaki akibat terpijak kaca di rumahnya.

Katanya, berikutan itu pemain berusia 24 tahun itu menerima beberapa jahitan dan sudah seminggu tidak menyertai latihan.

Kec3deraan kaki yang dialami Rodriguez menyebabkan dia tidak bersama rakan sepasukan menjalani latihan sejak seminggu lalu.

Saya jangkakan Rodriguez tidak akan diturunkan apabila berdepan Kuala Lumpur City Ahad ini bukan atas faktor kec3deraan, malah tahap kecergasan.

“Tempoh seminggu tidak turun berlatih sudah pasti memberikan kesan daripada segi kecergasan,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Setakat ini, Rodriguez yang baharu menyertai Sri pahang pada jendela perpindahan kedua pemain antara nadi utama skuad itu.

Ini kerana striker import itu sudah menjaringkan enam gol dalam saingan Liga Super.

Ditanya sekiranya Rodriguez tidak disenaraikan Ahad ini, Dollah mahu pengganti striker itu mampu beraksi cemerlang di bahagian s3rangan.

Katanya, dengan prestasi semasa skuad itu, tiada yang mustahil untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Sri Pahang.

“Sri Pahang tidak boleh kehilangan tiga mata di halaman sendiri dan diharapkan semua pemain berada pada tahap terbaik,” katanya.

sumber:- BH

Selepas mengharungi 17 perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan keenam liga dengan mengutip 21 mata.