Sukan

Sedar kedudukan belum terjamin

Menyedari kedudukan tempat ketiga carta Liga Super ketika ini yang belum terjamin, skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) akan turun menentang Sarawak United FC dengan persembahan terbaik dalam misi memburu kemenangan ke-10, musim ini.

Dengan kelebihan beraksi di laman sendiri di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok, skuad bimbingan K Devan itu hampir pasti akan menggunakan kesempatan sepenuhnya untuk mereka mendapatkan tiga mata.

Tonggak pertahanan pasukan, Ahmad Khuzaimi Piee mengakui pasukannya tidak boleh mensesia-siakan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri, dengan memastikan kemenangan dicapai ke atas Sarawak.

Kami perlu menggunakan peluang beraksi di laman sendiri dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan tiga mata kerana ia amat penting untuk pasukan menjarakkan diri dengan Terengganu FC (TFC) yang kini berada di tangga keempat liga.

“Secara peribadi, saya tidak rela kehilangan mata daripada perlawanan malam esok kerana jika ia berlaku, akan memberikan kesulitan dalam usaha pasukan untuk kekal di tangga ketiga liga ketika ini, kerana kedudukan dengan TFC hanya dibezakan dengan tiga mata.

“Justeru, menjadi tugas penting bagi saya dan rakan-rakan dalam pasukan untuk terus bekerja keras memberikan persembahan terbaik dengan memastikan tiga mata berada dalam genggaman,” katanyai.

Pemain Harimau Malaya berusia 28 tahun itu berkata, dia dan rakan sepasukan mengakui kehilangan beberapa mata daripada perlawanan terdahulu termasuk tewas kepada Kuala Lumpur (KL) City FC, 0-1, pada 18 Ogos lalu, perlu ditebus kembali.

Menurutnya, dia bersama rakan lain akan memberikan perhatian serius terhadap perlawanan men3ntang Sarawak ini walaupun pasukan lawan itu berada di kedudukan dua terbawah carta liga ketika ini.

sumber:- BH

Selepas mengharungi 17 perlawanan, skuad Hobin Jang Hobin yang juga juara Liga Perdana musim lalu kini berada di tangga ketiga carta liga dengan mengumpul 32 mata hasil sembilan kemenangan dan lima seri.