Sukan

Peluang Kedah balas dendam

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak menuntut pemainnya meneruskan momentum kemenangan apabila berkunjung ke Stadium Hang Jebat, untuk menentang Melaka United esok.

Kekalahan 2-3 kepada lawan sama di Stadium Darul Aman pada 6 Mei lalu menjadi panduan berguna untuk skuad Sang Kenari dalam merencanakan strategi lebih berkesan pada perlawanan kali ini.

Aidil Sharin berkata, kemenangan 1-0 yang dilakar KDA FC ketika aksi men3ntang Penang FC perlu menjadi bekalan semangat yang wajib di teruskan bagi memastikan pasukan kembali ke kelompok lima teratas liga Super.

“Pemain perlu meneruskan momentum kemenangan ini selepas beraksi gigih menentang Penang FC ketika semangat kebangkitan berjaya ditunjukkan dalam pasukan.

Saya kira pemain telah mendapat svntikan motivasi selepas kembali mengutip tiga mata yang disasarkan pada perlawanan lalu.

“Komitmen baik yang telah ditunjukkan pada perlawanan lalu mampu menjadi pendorong agar kebangkitan ini dapat diteruskan apabila menentang skuad Melaka,” katanya.

Aidil bagaimanapun mengingatkan pemainnya agar tidak leka dan lalai dengan tiga mata yang telah dicapai itu, sebaliknya perlu terus memperbaiki setiap kelemahan yang ada dalam pasukan dalam menghadapi cabaran di tempat lawan kali ini.

sumber:- BH

Kedah kini mengumpul 21 mata dan berkedudukan tempat ketujuh Liga Super manakala Melaka United pula di tangga kesembilan dengan 17 mata.