Sukan

Komen Klopp selepas Liverpool jadi pasukan belasahan

Jurgen Klopp sekali lagi mengalami mimpi ngeri di Napoli – dan memohon maaf kepada penyokong yang datang menyaksikan perlawanan itu.

Pengendali dari Jerman itu yang tewas tiga perlawanan di sana sebagai bos, memohon maaf selepas pasukannya sekali lagi dibelasah.

Napoli, yang gagal menyempurnakan penalti kedua ketika kedudukan 1-0, mel3dak menerusi dua gol Piotr Zielinski, Andre-Frank Anguissa dan Giovanni Simeone.

Luis Diaz kembali merapatkan kedudukan buat Reds – namun ia hanyalah gol saguhati buat pasukan.

Ia malam yang panjang dari Liverpool ke Napoli. Ia malam yang sangat mengecewakan, jadi saya perlu memohon maaf kepada mereka.

Masalah yang kami hadapi sangat jelas. Nombor satu, Napoli bermain sangat baik dan kami bermain sangat buruk.

Kenapa? Kami tidak menghiraukan permulaan yang teruk, penalti dan satu lagi penalti, kami tidak bermain baik.

Persoalannya kenapa pemain tidak bermain baik kerana mereka memang mahukannya, jadi adalah tugas saya untuk melakukannya. Ia tanggungjawab saya.

“Ia amat mencabar, mencabar untuk diterima tetapi tidak sukar untuk menerangkannya apabila anda melihat perlawanan itu.”

Klopp juga ditanya sama ada dia bimbang akan dipecat selepas malam yang mengecewakan itu.

Bos Kop itu berkata: “Tidak juga, tapi siapa tahu? Ada pelbagai jenis pemilik. Pemilik kami lebih tenang dan mengharapkan sesuatu daripada saya bagi menyelesaikan situasi dan tidak menjangkakan orang lain melakukannya.

sumber:- BH

“Itulah yang sentiasa mereka buat dan pada hari mereka mahu menukar fikiran, mereka akan beritahu saya.” – AGENSI