Sukan

Komen Faisal Halim mengenai JDT

Pemain sayap lincah Terengganu FC (TFC), Mohd Faisal Halim mempunyai misi peribadi pada pentas final Piala FA men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Jelas pemain berusia 24 tahun kelahiran Pulau Pinang itu, selain matlamat utama membantu pasukannya menamatkan kemarau 11 tahun merangkul gelaran itu, aksi final itu bakal menjadi sejarah pertama buatnya disenaraikan dalam kesebelasan utama daripada dua aksi final Piala FA sebelum ini ketika bersama pasukan Pahang.

Tambah tonggak pasukan Harimau Malaya itu, kehadiran isteri dan anaknya pada aksi final nanti bakal menambah lagi motivasinya untuk merobohkan benteng kebal skuad kendalian Hector Bidoglio itu.

Pada dua aksi final Piala FA sebelum ini ketika menyarung jersi pasukan Tok Gajah, pemain yang lebih mesra dipanggil ‘Mickey’ itu tidak tersenarai dalam barisan pemain ketika tumpas 2-3 kepada Kedah di Stadium Shah Alam pada 2017 yang juga tahun keduanya bersama skuad itu.

Setahun kemudian iaitu pada 2018, saya berada dalam senarai pemain simpanan sebelum masuk menggantikan Mohamadou Sumareh dan Pahang berjaya mengatasi Selangor 2-0.

Jadi ini adalah final ketiga Piala FA saya, jadi saya tidak kisah dapat menjaringkan gol ataupun sebaliknya, cuma mahu mencipta memori terindah bersama TFC untuk dihadiahkan kepada peminat setia skuad ini.

“Tambahan pula kali ini saya ada isteri dan anak selain ahli keluarga yang akan hadir memberikan sokongan, situasi ini pasti lebih bersemangat lagi, saya harap dapat meraih kejayaan lebih manis lagi pada kali ini lebih-lebih lagi selepas 11 tahun peminat menanti,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, dekat sini hari ini sebelum berlepas ke ibu negara.

Ketika ditanya adakah dia dan rakan sepasukannya tertekan berdepan gergasi Liga Malaysia (Liga M) itu, Faisal menafikannya walaupun akui aksi tersebut mungkin menjadi perlawanan tumpuan seluruh peminat tanah air.

Malah dia yakin dan percaya perancangan anak tempatan, Nafuzi Zain mampu merencana taktikal ampuh biarpun skuad lawan dilabel pasukan pilihan.

Moral dan semangat pasukan berada pada tahap terbaik, jurulatih juga sering mengingatkan semua pemain perlu bersedia untuk beraksi jika diturunkan.

sumber:- BH

“Lagipun saingan final berbeza dengan aksi liga, namun tiada apa yang nak gentar, kami tidak mahu simpan apa-apa, kami akan peragakan aksi 200 peratus bagi memastikan misi tercapai, buat peminat sokongan padu anda ditagih pada setiap saat bagi menyuntik lagi semangat kami ketika bermain,” katanya.