Sukan

Bergson mahu tamatkan kemarau enam musim JDT

Enam musim tidak membawa pulang Piala FA ke bumi Johor menyebabkan striker Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva mahu mencurahkan segalanya pada aksi final Piala FA 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Menurut Bergson, dia akan cuba memastikan mampu berada di kemuncak prestasi seperti dalam kebanyakan perlawanan sebelum ini selain meneruskan momentum jaringan bersama pasukan.

Pada masa sama, striker berusia 31 tahun dari Brazil itu berharap peminat JDT dapat memenuhi stadium untuk menjadi pemain ke-12 pasukan.

Sepanjang tempoh persiapan ke final, kami akan perbaiki segala kekurangan serta cuba berada di tahap terbaik supaya segalanya akan berjalan lancar pada hari perlawanan.

JDT sudah lama tidak menang Piala FA dan sudah tentu saya serta rakan sepasukan akan berikan segalanya pada perlawanan akhir ini.

Saya berazam untuk berada di tahap terbaik dan cuba ulangi prestasi sama seperti dilakukan pada perlawanan sebelum ini.

“Kepada penyokong JDT, saya harap semua dapat hadir ke stadium kerana kami amat perlukan anda sebagai pembakar semangat dan kami akan berikan yang terbaik untuk anda semua,” katanya.

Bergson sudah pastinya menjadi tumpuan utama di final Piala FA 2022 apabila setakat ini sudah mel3dak 23 gol secara keseluruhan dengan 21 daripadanya di Liga Super dan dua di Piala FA.

sumber:- HM

Malah, pemain terbabit dilihat akan menyebabkan pertahanan Terengganu kucar kacir menerusi gerakan ‘licik’ dan rembatan padu untuk menggegarkan gawang lawan.