Sukan

Aksi JDT dan TFC mengikut jangkaan bekas pemain Johor

Bekas pemain Johor, Hasnizam Uzir menyifatkan aksi final Piala FA yang membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) men3ntang Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini sememangnya dinanti oleh semua peminat bola sepak tanah air.

Beliau yang pernah menyertai skuad Bawah 23 pada musim 1995, berkata final kali ini amat dinanti memandangkan kedua-dua pasukan gemar beraksi secara taktikal permainan terbuka dan berintensiti tinggi yang bakal menyaksikan kekuatan kedua-dua pasukan tampak seimbang.

JDT dan Terengganu ada kekuatan tersendiri dan corak permainan tersusun selain gemar beraksi secara positif bakal menjanjikan rentak permainan konsisten tatkala kedua-dua pasukan ada kelebihan masing-masing.

Hector (Bidoglio) ada cara taktikal yang bakal dipamerkan pada perlawanan itu nanti, sama juga Nafuzi (Zain) mungkin ada rahsia yang beliau simpan dan bakal digunakan apabila berdepan JDT dan saya jangkakan ia perlawanan menarik dengan corak permainan pantas yang bakal ditampilkan kedua-dua pasukan.

Apapun, pemain tengah dan barisan serangan JDT harus pantas menghidu kelemahan pasukan lawan dan perlu menggunakan kekuatan yang ada dengan corak permainan dan umpanan kemas.

Hasnizam menambah JDT memiliki keserasian dan persefahaman yang baik antara setiap pemain dan ia adalah kekuatan yang ada pada skuad Harimau Selatan malah gandingan Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri sudah terbukti apabila membentuk rangkaian serangan berbisa dan kedua-dua pemain itu menjadi taruhan terbaik memburu jaringan.

Katanya, seandainya pergerakan Bergson dan Forestieri terbatas tatkala bakal dikawal ketat oleh barisan pertahanan skuad Penyu maka kelibat Leandro Velazquez mungkin digunakan kerana keupayaan pemain import dari Argentina itu melakukan percubaan dari luar kotak penalti yang boleh memerangkap penjaga gol Terengganu FC.

sumber:- HM

“Barisan pemain tempatan seperti Arif Aiman (Hanapi), Afiq (Fazail) dan Safawi (Rasid) jika tersenarai dalam kesebelasan utama mampu beri anc@man terhadap benteng lawan tapi mereka harus lebih berani dan tidak kekok apabila beraksi di pentas final dan tiba masanya untuk menyerlah dalam perlawanan itu nanti,” katanya.