Sukan

Abang Pogba penghalang KL City

Kuala Lumpur (KL) City membawa misi besar selaku wakil Malaysia di pentas Piala AFC apabila akan berdepan kelab India, ATK Mohun Bagan saingan peringkat separuh akhir Antara Zon kejohanan itu di Kolkata, malam esok.

Beraksi di Stadium Vivekananda Yuba Bharati Krirangan, KL City mungkin boleh dianggap sebagai pasukan bukan pilihan berdasarkan kedudukan lawannya berkelebihan beraksi di tempat sendiri.

Kekurangan bagaimanapun itu tidak menjadi halangan besar buat skuad kendalian Bojan Hodak untuk melakar kejutan dengan mereka sudah membuktikannya ketika mengatasi kelab Vietnam, Viettel 6-5 menerusi penentuan penalti di gelanggang lawan pada separuh akhir Zon ASEAN, sebelum ini.

Namun, saingan lebih getir dijangka perlu diharungi skuad City Boys pada perlawanan kali ini dengan Mohun Bagan yang dikendalikan Juan Ferrando dianggap sebagai antara pasukan kuat di Liga Super India dan muncul naib juara pada musim 2020-21.

Perlawanan itu juga bakal menyaksikan pert3mbungan taktikal Croatia (Hodak) dan Sepanyol (Ferrando) yang menjadi salah satu faktor penentu siapa yang akan mara ke final Antara Zon nanti.

Paling menarik, jentera s3rangan City Boys perlu berdepan Florentin Pogba iaitu abang kepada bintang Perancis dan bekas pemain Manchester United, Paul Pogba.

Pogba yang melengkapkan perpindahan ke Mohun Bagan pada Jun lalu ditugaskan mengemudi benteng terakhir skuad itu dan pertembungan getir berdepan KL City menjadi medan untuknya memikat hati peminat baharunya.

Bek tengah berusia 32 tahun yang mewakili Guinea di peringkat antarabangsa itu memiliki pengalaman di peringkat tertinggi sebelum ini terutama pernah beraksi di Liga Europa bersama kelab Perancis, Saint-Etienne.

Seorang lagi pemain yang bakal menjadi ancaman utama dan perlu diberi lebih perhatian oleh anak buah Hodak adalah bintang muda sedang meningkat, Liston Colaco.

Pemain berusia 23 tahun itu dianggap pemain paling menonjol buat Mohun Bagan dalam kempen Piala AFC musim ini apabila meledak empat gol dan membantu dua jaringan lain untuk pasukannya.

KL City juga memiliki pemain sandaran mereka termasuk kapten, Paulo Josue dan Zhafri Yahya yang disenaraikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebagai tonggak tumpuan untuk pertembungan kedua-dua pasukan itu.

sumber:- BH

Josue memegang status penjaring terbanyak City Boys di pentas Piala AFC dan berada di kedudukan kedua carta penjaring terbanyak kejohanan itu musim ini bersama Colaco.