Sukan

Kegemilangan Kelantan FC bakal kembali dengan perancangan terbaharu

Bagi mengangkat semula kegemilangan bola sepak Kelantan FC, pasukan yang beraksi di Liga Perdana itu dalam proses menyiapkan ‘DNA’ baharu.

Pemilik pasukan, Norizam Tukiman berkata, Kelantan FC sebenarnya sudah memiliki ‘DNA’ tersendiri, namun kekangan dihadapi ketika ini adalah dari segi pemahaman pemain untuk menterjemahkan perancangan dimahukan.

Sebenarnya ‘DNA’ sudah ada sebab saya sudah maklumkan apa yang saya mahukan, tetapi kadang-kadang masalahnya adalah pemain tidak dapat menyerap taktikal dan strategi. Ini adalah masalah bola sepak Kelantan dan bola sepak Malaysia.

“Jurulatih yang datang bukan calang-calang kerana mempunyai lesen Pro A dan A serta berpengalaman, namun pemain tidak memahami apa yang dikehendaki pihak pengurusan,” katanya.

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata, beliau mengharapkan perancangan ‘The Red Warriors’ (TRW) untuk menubuhkan akademi dapat membantu melicinkan lagi proses pembangunan ‘DNA’ bola sepak untuk pasukan itu.

Berikan sedikit masa sebab kita sedang dalam proses untuk menubuhkan akademi. Kalau tidak dapat dilakukan pada tahun depan, mungkin dua tahun lagi.

Kita akan menggunakan proses daripada perkara asas dan mencuba pendekatan baharu. Saya percaya kita mampu jayakan dengan sokongan semua pihak yang sentiasa bersama Kelantan FC.

sumber:- HM

“Setakat ini, kita pakai 4-3-3 tetapi mungkin ada beberapa lagi strategi yang boleh digunakan,” katanya.