Sukan

FAM akhirnya buka mulut isu Penalti

KEPUTUSAN pengadil Zulkarnain Zakaria memberikan sepakan penalti kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), ketika perlawanan men3ntang Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya Sabtu lalu, disifatkan tepat.

Malah menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman, ia susulan penelitian dijalankan Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM yang mendapati sememangnya berlaku kesalahan.

Selepas dibuat penelitian dan analisis menerusi rakaman video oleh Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil, memang terdapat kesalahan dilakukan pemain Selangor tersebut, iaitu kekasaran dan sentuhan terhadap pemain lawan.

“Berdasarkan itu, Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil telah membuat rumusan bahawa tindakan pengadil memberikan sepakan penalti tersebut adalah satu keputusan yang tepat,” kata Noor Azman menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini kecoh mengenai insid3n tersebut yang mengundang pertikaian bahawa JDT tidak sepatutnya diberikan sepakan penalti tersebut, kerana tiada sentuhan dilakukan pemain pertahanan Selangor Yazan Al-Arab ke atas pemain JDT, Arif Aiman Hanapi.

Mengenai insid3n di luar stadium selepas perlawanan yang tular apabila terdapat individu tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan perlawanan dikendali Zulkarnain, Noor Azman menegaskan perkara itu sedang diteliti Unit Undang-undang FAM.

sumber:- SH

“Penelitian lanjut sama ada ia perlu dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM atau sebaliknya akan dibuat, bagi insiden yang berlaku di luar stadium selepas perlawanan itu,” katanya.