Selangor FC dan Sri Pahang FC akan menutup tirai aksi Liga Super bagi bulan Ramadan apabila akan membuat perhitungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok.

Ia boleh dianggap sebagai pertembungan `buku dan ruas’ apabila Selangor ketika ini menghuni tangga kelapan dengan mengutip lima mata, manakala Sri Pahang pula di kedudukan kesembilan dengan empat mata selepas empat perlawanan.

Justeru, tiga mata berharga jelas menjadi rebutan penting buat kedua-dua pasukan itu dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan masing-masing dalam liga.

Sekiranya menang, Selangor boleh naik hingga ke tangga kelima, namun jika tewas mereka akan mengambil tempat Sri Pahang di kedudukan kesembilan.

P3rang taktikal dua pengendali import yang mana Michael Feichtenbeiner dari Jerman dan jurulatih kelahiran Perancis, Christophe Gamel akan menjadi penentu keputusan selepas aksi 90 minit di Stadium MBPJ.

Apa yang membezakan dua pengendali itu adalah nasib mereka minggu lalu yang mana Feichtenbeiner mengalami kekalahan pertama musim ini selepas Selangor tumpas 0-2 di tangan Terengganu FC (TFC), Jumaat lalu dan Gamel pula mengecapi kemenangan sulung apabila anak buahnya menundukkan Penang 3-1, Sabtu lalu.

Meskipun mengalami nasib berbeza dalam perlawanan terakhir, namun dua pengendali itu dilihat tetap memiliki tekanan sama di Stadium MBPJ nanti kerana masing-masing memerlukan kemenangan.

Feichtenbeiner wajib mendapatkan tiga mata digelanggang sendiri sekiranya mahu menutup krit!kan daripada penyokong Red Giants yang jelas meletakkan harapan tinggi buat pasukan itu.

sumber:- BH

Gamel juga pasti mengimpikan kemenangan kedua bersama Sri Pahang bagi menambah keyakinan kelab dan penyokong terhadap keupayaannya selepas memulakan saingan musim ini dengan prestasi kurang baik.