Kapten Selangor FC Brendan Gan tidak boleh menjanjikan tempoh masa sesuai untuk dia kembali tampil membantu skuad Gergasi Merah meraih kejayaan positif kelak.

Brendan berkata, ketika ini dia harus memberi tumpuan kepada rawatan pemulihan penyak!t kans3r dan berharap segalanya kembali normal supaya dapat beraksi di padang.

Katanya, semangat ingin membantu rakan sepasukan sentiasa membuak-buak namun dia perlu memberi tumpuan kepada proses r@watan yang mungkin mengambil masa lama untuk pvlih.

Saya pun tidak tahu bila boleh kembali beraksi bersama Selangor FC namun percaya perkara itu sering menjadi keutamaan kerana mahu kembali membantu skuad Gergasi Merah mencipta kejayaan.

“Ketika ini, saya menjalani latihan ringan dan sentiasa mendapatkan nasihat daripada pakar untuk pastikan kembali pulih daripada kans3r,” katanya.

Mengikut rekod, Brendan kini masih dalam proses pemulihan penyak!t kanser t3stis dan sedang dipantau oleh pakar perubatan.

Pemain terbabit mula menyertai Selangor FC dua tahun lalu selepas mewakili beberapa pasukan seperti Perak dan Kelantan.

sumber:- HM

Selain itu, Brendan berkata, keupayaan barisan pemain musim ini mampu menempatkan Selangor FC di kelompok pasukan terbaik dalam kancah saingan Liga Super.