Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menuntut anak buahnya beraksi bagaikan pentas final berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam esok.

Jelas bekas striker Terengganu itu, keupayaan skuad Hobin Jang Hobin yang masih ‘kebal’ mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super musim ini selain prestasi terbaik dilakar skuad TFC dalam dua perlawanan terakhir menjadikan aksi itu pasti sengit.

Malah, jurulatih berusia 44 tahun itu tetap percaya anak buahnya mampu menggalas tugas untuk merakam kemenangan dalam aksi kalah mat! itu yang sebelum ini ditunda berikutan pemain lawan dijangk!ti C0vid-19.

Menurutnya, tiga perkara utama harus dititikberatkan pemainnya bagi memastikan misi untuk memburu kemenangan tercapai sebelum men3ntang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada aksi pusingan kedua.

“Prestasi pasukan lawan dalam saingan Liga Super cukup baik tanpa sebarang kekalahan daripada lima perlawanan, jadi saya jangkakan aksi sengit terutama peringkat kalah mat! ini.

Jadi, saya ingatkan pemain agar tidak membiarkan lawan mendominasi permainan dan kedua, perlu menyekat pergerakan dua pemain import mereka iaitu Mathieus Alves dan Adetu Kossi daripada bergerak bebas terutama dalam kawasan penalti.

“Selain itu, pemain perlu menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri di depan ribuan peminat setia dengan persembahan terbaik untuk memastikan kemenangan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan, malam kelmarin.

Nafuzi mengakui lega apabila striker importnya, Kpah Sherman dapat kembali beraksi selepas digantung satu perlawanan berikutan kad merah diterima ketika men3ntang Sarawak United FC, minggu lalu.

“Selain itu jentera tengah gandingan Habib Haroon dan Manuel Ott semakin baik dari satu perlawanan ke satu perlawanan, begitu juga barisan penyerang antara Sherman dan Kipre Tchetche serta pemain pertahanan diketuai Pape Diakite.

sumber:- HM

“Semua pemain tempatan berjaya memperagakan aksi terbaik dan ini sesuatu yang positif buat pasukan. Jadi, saya harap kesebelasan utama mampu menggalas tugas dengan baik untuk melangkah ke pusingan kedua,” katanya.