Sukan

Sah Nooa Laine beraksi untuk Malaysia

Jentera s3rangan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara tampak ampuh dan berbisa apabila pengendali pasukan, Brad Maloney memanggil pemain kacukan Finland-Malaysia, Nooa Laine yang berpengalaman di Eropah itu.

Laine, 19, yang mampu beraksi di dua posisi iaitu striker dan tengah meny3rang adalah pemain SJK Seinajoki yang beraksi di dalam saingan divisyen satu Liga Finland.

Malah, pemain berdarah Malaysia dari sebelah bapaknya itu sebelum ini turut pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Finland B- 17 pada 2018 lalu, di mana dia berjaya mel3dak satu gol dalam empat penampilannya itu.

Sudah pasti, kehadiran Laine dalam latihan pusat skuad negara ketika ini akan menambah sengat serta pilihan buat Brad Maloney yang sudah mempunyai dua striker, Luqman Hakim Shamsudin dan Hadi Fayyadh Abdul Razak, dengan kedua-duanya turut beraksi di luar negara bersama KV Kortrijk di Belgium dan Azul Azul Claro Numazu di Jepun.

Begitupun, khidmat Laine kemungkinan hanya akan digunakan untuk Piala Asia B-23 di Uzbekistan pada Jun ini dan bukannya di Sukan Sea di Hanoi, Vietnam bulan depan.

Terus terang agak lewatnya untuknya (Nooa Laine) sertai pasukan ke Sukan Sea kerana pendaftaran pemain sudah ditutup, tapi kita sedia melihatnya untuk kejohanan lain.

Jika semua dokumentasi selesai cepat dan mungkin akan sempat untuk sertai kita ke Piala Asia nanti.

“Tapi kita tak tahu lagi, namun saya gembira melihatnya di sini dan kita akan usaha dan menilai sebaik mungkin dalam latihan dan aksi persahabatan bagi melihat sendiri kualiti dan kelebihan yang boleh ditawarkannya kepada pasukan,” katanya.

Dalam sesi latihan hari kelapan semalam, tiga lagi pemain baharu menyertai kem latihan di Padang Inspen, Bangi sekaligus menjadikan jumlah terkini seramai 17 pemain daripada 31 disenaraikan sudah berjaya melaporkan diri.

Tiga pemain terbabit ialah pemain berdarah campuran Malaysia-Finland, Nooa Laine; pemain yang berpangkalan di Jepun, Hadi Fayyadh Abdul Razak dan pemain Petaling Jaya City FC, Zainal Abidin Jamil.

sumber: HM

Kem latihan pusat ini sebagai persiapan bagi menghadapi Sukan Sea di Hanoi, Vietnam dari 6-22 Mei, sebelum terbang ke Uzbekistan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 bermula 1-19 Jun ini.