Sukan

Namun saya reda dengan ketentuan itu — ‘Mickey’

Pemain lincah Terengganu FC (TFC), Faisal Halim meletakkan harapan tinggi agar dapat beraksi dalam aksi kalah mat! saingan Piala FA pusingan pertama men3ntang Negeri Sembilan FC (NSFC), di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, Jumaat ini.

Ini kerana pemain kelahiran Pulau Pinang itu mengalami kec3deraan hamstr!ng pada Jumaat lalu ketika membantu pasukannya menundukkan Selangor FC 2-0.

Bagaimanapun, pemain sayap itu yakin sekiranya tidak sempat sembuh, pemain yang bakal mengisi posisi berkenaan mampu menjalankan tugas dengan baik dan berkesan.

Sejujurnya saya begitu kecewa atas kec3deraan ini apatah lagi aksi penting itu pertemuan kalah mat!, seboleh-bolehnya saya mahu turun beraksi membantu pasukan.

Lagipun gol pertama musim ini ketika menundukkan skuad The Red Giants minggu lalu membakar lagi semangat saya untuk membantu pasukan mara ke pusingan kedua.

“Namun saya reda dengan ketentuan itu dan tetap percaya rakan sepasukan mampu menggalas tugas berkenaan dengan corak permainan terbaik sekiranya saya tidak dapat beraksi,” katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Mengulas lanjut, pemain yang lebih mesra dipanggil ‘Mickey’ akui rakan sepasukannya bakal berdepan dengan laluan getir bertemu skuad Hobin Jang Hobin itu memandangkan skuad kendalian K Devan itu berada pada kedudukan lebih baik dalam carta liga berbanding TFC.

sumber:- HM

Aksi kedua-dua pasukan sepatutnya berlangsung Mac lalu, namun disebabkan pemain skuad NSFC ramai yang dijangkiti wab@k pand3mik C0vid-19, aksi berkenaan ditunda Jumaat ini.