Sukan

Devan akui berdepan cabaran sukar Gergasi Liga Super

Barisan pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) bakal berhadapan cabaran sukar men3ntang Terengganu FC (TFC) pada pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Jumaat ini.

Ketua jurulatih, K Devan akui pertembungan dengan TFC adalah satu lagi misi getir terpaksa dihadapi anak buahnya selepas berjaya dinaikkan ke Liga Super musim ini.

Katanya, rekod baik TFC di tempat sendiri menjadi cabaran besar buat pemain skuad Hobin Jang Hobin dalam memburu keputusan positif pada saingan kalah mati itu.

Ini (Piala FA) satu lagi perlawanan sukar bagi kita kerana berdepan Terengganu dan rekod baik pasukan itu di tempat sendiri menjadi cabaran besar bagi pemain Negeri Sembilan.

“Saya akan melakukan sedikit perubahan dan kita akan cuba bermain dengan baik. Jika boleh, kita usaha dapatkan keputusan yang baik dan jika ada harapan berpeluang untuk mara ke pusingan kedua. Kita tidak akan lemah semangat sebaliknya akan bekerja keras untuk mendapatkan kemenangan,” katanya hari ini.

Pert3mbungan Terengganu dan Negeri Sembilan dalam Piala FA menjadi satu-satunya perlawanan membabitkan pasukan Liga Super untuk pusingan pertama dan dijangka menjadi pert3mbungan menarik dalam perebutan ke pusingan seterusnya.

Devan sedar pasukan bimbingannya masih baharu dalam Liga Super berbanding pasukan lain terutama Terengganu yang memiliki reputasi hebat, bukan sahaja dalam liga tetapi juga saingan Piala FA.

Beliau bagaimanapun akui komitmen dan kesungguhan tinggi pemain dalam setiap perlawanan liga, menjadi tunjang kepada kekuatan pasukan berkenaan.

sumber:- HM

Pertembungan kedua-dua pasukan sepatutnya diadakan pada 13 Mac lalu tetapi ditunda ekoran penularan C0vid-19 dalam kalangan pegawai serta pemain Negeri Sembilan.