Sukan

Bekas rakan sepasukan dedah perangai sebenar Amri

Kejayaan Amri Yahyah meledak hatrik pada usia 41 tahun dan membantu Sabah FC memb3lasah Kedah Darul Aman FC 4-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, Ahad lalu turut menarik perhatian bekas rakan sepasukan dan jurulatihnya.

Susulan daripada episod manis yang dikecapi Amri bersama Sabah itu, bekas pemain Selangor, Nidzam Jamil mendedahkan karakter yang dimiliki pemain kelahiran Tanjung Karang itu.

Menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, Nidzam yang kini memikul tugas selaku penolong jurulatih Selangor menganggap Amri sebagai seorang pemain yang berhati kering atau berani di atas padang.

Pre season (pra musim) Selangor tahun 2001 Coach (jurulatih) Rahman (Abdul Rahman Ibrahim) panggil seorang budak ala2 (seakan) mat motor dari team (pasukan) belia join (sertai) latihan pasukan senior.

“Gua (saya) tackle dia bangun, gua langgar dia datang lagi. Jenis hati kering. Budak mat motor itu score (l3dak) hatrik di usia 41 tahun. My huge respect to Amri Yahyah,” tulis Nidzam.

Striker veteran itu melakar sejarah sebagai pemain paling berusia melakar hatrik dalam Liga M selepas mel3dak gol yang berkualiti termasuk menerusi rembatan jarak jauh dari luar kotak penalti pada minit ke-51, jaringan dari sudut sukar pada minit ke-61 disusuli gol ‘chip’ yang begitu kemas pada minit ke-72.

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee turut gembira dengan prestasi yang dipamerkan Amri sambil menganggap rekod itu akan bertahan lama dan berkemungkinan tiada lagi pemain yang mampu mengikuti jejak langkah bekas penyerang kebangsaan itu.

Sementara itu, bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal menyifatkan Amri memiliki karakter yang tersendiri di atas padang.

Kecemerlangan yang dia cipta di atas padang kadangkala luar biasa. Amri Yahyah terus mencipta detik hebat seperti ini (hatrik men3ntang Kedah).

sumber:- BH

“Gol men3ntang Manchester United adalah salah satu yang Amri hadiahkan kepada saya sebagai memori indah semasa saya berkhidmat dalam pasukan kebangsaan,” tulisnya di Twitter.