Sukan

Pogba sah hantar pesanan terakhir kepada United

Paul Pogba memberitahu rakan sepasukannya di Manchester United bahawa dia akan meninggalkan pasukan itu, musim panas ini, dan dikatakan sudah keluar daripada kumpulan WhatsApp skuad itu.

Pogba bermain perlawanan terakhirnya bersama Manchester United – dan dikatakan menghantar pesanan terakhir kepada rakan sepasukan menerusi WhatsApp.

Ralf Rangnick mengesahkan Pogba tidak dapat beraksi sepanjang musim ini selepas c3dera ketika pasukannya tewas 0-4 kepada Liverpool, Selasa lalu, dan dijangka tidak menandatangani kontrak baharu.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu akan menjadi ejen bebas pada hujung musim ini dan pemain ditandatangani dengan rekod £89 juta (RM493.66 juta) hampir pasti meninggalkan Old Trafford.

Pogba yang menyertai semula United dari Juventus pada 2016, ditawarkan untuk menyertai Real Madrid dan Paris Saint-Germain secara perpindahan percuma pada musim panas ini.

Real menandatangani David Alaba secara percuma dari Bayern Munich, tahun lalu dan dijangka melakukan perkara sama terhadap Kylian Mbappe (PSG) dan Antonio Rudiger (Chelsea) pada musim panas ini dan Pogba menjadi ejen percuma berprofil tinggi yang menarik minat mereka.

Seteru utama Real, Barcelona turut berminat mahu mendapatkan Pogba selepas mendapat penajaan berjumlah £236 juta (RM1.309 bilion) daripada Spotify untuk mengatasi masalah kewangan mereka, walaupun bintang Liverpool, Mohamed Salah berada dalam senarai utama enam pemain diingini mereka.

Pogba dan ejennya, Mino Raiola, beberapa kali bercakap mengenai kemungkinan pemain itu meninggalkan Old Trafford dan hubungannya dengan penyokong Red D3vils kurang baik selepas dia meletakkan tangan di telinga ketika diejek selepas United menang 3-2 ke atas Norwich, awal bulan ini.

sumber:- HM

Walaupun destinasi Pogba selepas ini belum disahkan, memang jelas pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu tidak akan menjadi pemain United lagi, musim depan.