Sukan

Penyokong JDT ‘ganggu’ Kawasaki Frontale

Pengendali Kawasaki Frontale, Toru Oniki mengakui sorakan dan ‘ngauman’ pemain ke-12 Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menggamatkan suasana di Stadium Sultan Ibrahim mengganggu rentak permainan anak-anak buahnya.

Menurut Oniki, skuad kendalian Benjamin Mora tidak kurang hebatnya apabila berjaya mengekang kemaraan jentera s3rangan yang diperkuatkan tiga pemain Brazil iaitu Leandro Damiao, Marcio Barbosa dan Joao Schmidt untuk mencipta jaringan.

Jelasnya, situasi tentu berbeza jika juara Liga 1 Jepun itu mampu menyempurnakan salah satu peluang gol pada babak pertama sebelum pemain JDT lebih banyak bertahan di babak kedua.

Kami ada peluang cipta jaringan di babak pertama, tetapi tidak ada satu yang berjaya. Setelah aksi makin berakshir, usaha kami membvru gol kian malap.

“Sudah tentu misi kami membvru tiga mata, namun bermain dengan tekanan sorakan penyokong di stadium sedikit merencatkan rentak permainan dan mengganggu kons3ntrasi pemain. Sudah lama kami tidak beraksi dalam suasana seperti ini, harap ini dapat diatasi pada perlawanan akan datang,” katanya pada sidang akhbar kelmarin.