Sukan

Tiada laluan ‘VIP’

Tiada layanan istimewa atau laluan ‘VIP’ buat striker muda negara yang beraksi di Liga Jepun, Hadi Fayyadh Abdul Razak selepas namanya tersenarai dalam skuad bawah 23 (B-23) tahun negara bagi menghadapi saingan Sukan Sea di Vietnam, bulan depan.

Jelas pengendali pasukan, Brad Maloney, selepas tiga tahun tidak pernah dipanggil mewakili negara ekoran pand3mik C0vid-19 serta kec3deraan yang dialami Hadi, beliau mahu menguji terlebih dulu kemampuan pemain kelab divisyen tiga Jepun, Azul Claro Numazu.

Biarpun pernah membimbing Hadi ketika beliau menjadi penolong jurulatih Datuk Ong Kim Swee dalam beberapa kejohanan termasuk Sukan Sea di Filipina 2019 lalu, prestasi pemain tinggi lampai itu harus dinilai sebelum membawanya ke Vietnam.

Hadi Fayyadh secara jujurnya sudah beberapa tahun kita tidak dapat melihat aksinya. Dia baru saja pulih daripada kec3deraan dan sudah mula berlatih dan bermain semula.

“Kami (barisan jurulatih) mahu melihatnya lebih dekat dalam latihan, dan setibanya dia nanti kita akan buat ujian kecergasan kepadanya,” katanya.

Hadi, 22, adalah antara dua pemain luar yang dipanggil Maloney selain seorang lagi striker s3nsasi negara, Luqman Hakim Shamsudin yang berkelana di Liga Belgium bersama KV Kortrijk.

Kedua-dua pemain itu dijangka tiba minggu depan dengan Hadi pada Isnin ini, manakala Luqman Jumaat.

Selain dua pemain ini, seramai 29 pemain lagi turut diumumkan bagi menguatkan cabaran skuad B-23 yang di temasya Sukan Sea itu kelak.

sumber:- BH

Di Vietnam nanti, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Thailand, Kemboja, Singapura dan Laos.