Sukan

Aidil luah kegembiraan Ngah makin padu

Pengendali Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak gembira striker utamanya, Ronald Ngah semakin serasi bersama skuad Sang Kenari dalam menghadapi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim ini.

Katanya, ketajaman Ngah yang juga penjaring terbanyak Liga Jordan bersama kelab Al-Salt pada musim lalu itu, kian menyerlah selepas mel3dak dua gol ketika membantu Kedah menewaskan Penang FC 2-1 di Stadium Bandaraya, Ahad lalu.

Peranan Ronald Ngah sangat penting buat pasukan. Beliau sedang menunjukkan keserasian yang baik bersama rakan sepasukan dan perkembangan ini memberi lebih keyakinan buatnya bagi menghadapi perlawanan akan datang.

“Dua gol yang dihasilkan dalam perlawanan men3ntang Penang FC itu pastinya memberi svntikan semangat bukan sahaja buat dirinya, tetapi keseluruhan pasukan yang bekerja keras mencari kemenangan pada setiap perlawanan,” katanya.

Aidil juga berharap penyokong Kedah bersatu hati dan dapat memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada striker kelahiran Cameroon itu bersandarkan keupayaannya yang kini semakin meningkat bersama pasukan dalam membantu Kedah memburu kemenangan.

sumber:- BH

Dalam lima perlawanan Liga Super setakat ini, Ngah berjaya mel3dak tiga gol termasuk satu ketika berdepan Sarawak United manakala dua lagi ketika men3ntang Penang FC.