Sukan

TFC tanpa kelibat Kpah Sherman

PENGENDALI Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain mengakui tidak panik walaupun pasukannya bakal beraksi tanpa Kpah Sherman pada saingan Liga Super menentang Selangor malam esok.

Sebaliknya, jurulatih kelahiran Kelantan itu sudah bersedia dengan dua lagi tonggak import iaitu Kipre Tchetche dan Jordan Mintah yang bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa.

Memanglah kita mengharapkan Sherman kerana beliau sekarang tengah on form, dua gol dalam dua perlawanan sebelum ini.

“Tetapi kita masih ada pilihan lain di posisi penyerang iaitu Tchetche atau Mintah untuk ganti. Cuma Tchetche sebelum ini kita ketepikan kerana guna satu penyerang sahaja atas faktor taktikal, bukan prestasi,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini, malam tadi.

Sherman yang juga pemain kebangsaan Liberia digantung satu perlawanan Liga Super selepas dilayangkan kad merah ketika aksi men3ntang pasukan Sarawak United 17 April lepas.

Mengulas mengenai cabaran bertemu pasukan Selangor di laman sendiri malam esok, Nafuzi memberi peringatan tegas kepada anak buahnya agar berwaspada dan mengelak daripada dibolosi.

Menurut beliau, skuad The Red Giant musim ini adalah yang terbaik daripada semua aspek termasuk barisan pemain dan pengisian posisi yang lengkap serta mantap.

Selangor musim ini boleh dikatakan sebagai pasukan pencabar kejuaraan dan mereka juga belum kalah dalam mana-mana perlawanan musim ini.

sumber:- SH

“Agak sukar juga untuk kita menang, tetapi kita sudah menunggu lama untuk bermain di hadapan penyokong sendiri dan harapnya malam esok kita dapat kutip tiga mata penuh untuk teruskan momentum kemenangan pada masa depan,” katanya yang menjangkakan perlawanan berintensiti tinggi dan pantas malam esok. – Bernama