Sukan

Selangor dan Kedah berdepan laluan sukar, JDT dijangka mudah lepas

Dua seteru jiran tetangga, Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City) antara lapan aksi pusingan kedua Piala FA yang mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Skuad Red Giants yang pernah menjulang trofi terbabit sebanyak lima kali iaitu pada 1991, 1997, 2001, 2005 dan 2009 pastinya diberi t3ntangan sengit oleh KL City yang juga juara Piala Malaysia musim lalu itu, di mana ia dianggap pertembungan ‘buku dengan ruas’.

Bagi jurulatih KL City, Bojan Hodak, biarpun Selangor memiliki sejarah cemerlang dalam saingan kalah mati itu, beliau percaya anak buahnya sudah bersedia untuk menghadapi lawan.

Satu lagi aksi Lembah Klang ‘derby’ dan sememangnya perlawanan ini dilihat antara paling sengit dalam jadual yang diundi kali ini.

“Pert3mbungan kali ini pasti berbeza berbanding semasa aksi pertama Liga Super dahulu kerana kami beberapa pemain utama sudah kembali bersama pasukan dan saya yakin KL City sudah bersedia untuk beri tentangan, ” katanya, di mana KL memenangi Piala FA tiga kali 1993, 1994 dan 1999.

Selain dua aksi getir itu, juara bertahan kejohanan Kedah Darul Aman FC juga bakal menempuh halangan sukar apabila diundi antara pasukan Terengganu FC ataupun Negeri Sembilan FC yang akan berentap di pusingan pertama terlebih dulu.

Kedah terpaksa menanti siapa lawan sebenar kerana aksi babitkan Terengganu dan Negeri Sembilan ditunda sebelum ini ekoran jangk!tan C0vid-19 yang berlaku ke atas pemain skuad Hobin Jang Hobin.

Juara lapan kali berturut-turut Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) pula akan men3ntang Sarawak United.

Kali terakhir JDT menjulang Piala FA adalah pada musim 2016 dan pastinya skuad Benjamin Mora itu mahu menamatkan kemarau kejuaraan itu dalam edisi kali ini.

Lima lagi aksi membabitkan Sabah FC bertemu Kelantan United, Melaka United dengan Petaling Jaya City FC, Perlis United berdepan Kuching City FC, Perak men3ntang Penang dan Sri Pahang melayan Skuad Projek FAM-MSN.

sumber:- HM

Semua perlawanan pusingan kedua dijadualkan berlangsung pada 13 dan 14 Mei ini, tertakluk kepada perubahan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).