Sukan

Mora sahkan pemain terlepas aksi berdepan juara Liga Jepun

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin mora, kekal berahsia mengenai percaturan Harimau Selatan menjelang pertemuan ketiga peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Dua kemenangan berjaya diperoleh JDT dalam dua aksi terdahulu dan tumpuan mereka kini terarah kepada Kawasaki Frontale esok.

Benjamin lebih selesa untuk mengambil pendekatan berahsia mengenai percaturannya, sambil mengesahkan penjaga gol kedua JDT, Haziq Nadzli, bakal terlepas aksi men3ntang juara Liga Jepun itu.

Sementara itu, pengendali Kawasaki, Toru Oniki, kekal dengan pendirian untuk mengamalkan corak permainan tersendiri sambil pantau pergerakan duo berb!sa JDT di jentera hadapan.

sumber:- sama

Pada masa sama, Oniki menaruh sentuhan berbisa striker prolifik mereka, Leandro Damiyao untuk mer0bek barisan terakhir tuan rumah selepas gagal melakukan demikian pada aksi menentang Ulsan Hyundai.