Sukan

Dua penghuni teratas liga dalam Seminggu

Striker prolifik, Fernando Forestieri berazam mempamerkan aksi terbaik bagi menyumbang gol buat Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam usaha memburu kemenangan ketiga berturut-turut apabila berdepan Kawasaksi Frontale pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Bekas pemain Series A Itali, Udinese yang kini sudah menjaringkan dua gol pada aksi ACL tampak begitu bernafsv menambah koleksi jaringan walaupun sedar tugas tampak rumit tatkala bakal dikawal rapi benteng kelab dari Jepun itu.

Forestieri berkata selepas melepasi ujian menewaskan Ulsan Hyundai yang menghuni tangga teratas Liga 1 Korea (Liga K1), skuad Harimau Selatan akan berdepan satu pasukan yang turut menghuni tangga teratas Liga 1 Jepun (Liga J1) dan sememangnya ia merupakan ujian getir pada saingan ACL.

Katanya, dua kemenangan diraih selepas menewaskan Guangzhou FC 5-0 pada aksi Jumaat lalu dan bekas juara ACL 2020, Ulsan Hyundai bakal dijadikan motivasi terbaik untuk berdepan skuad kendalian Toru Oniki.

Saingan ACL sememangnya sengit tatkala kami berdepan kelab-kelab ternama di Asia dan standard pemainan juga tinggi. Oleh itu kami harus serius dalam setiap perlawanan diharungi dan memberi yang terbaik untuk cipta kemenangan.

Ramai meletak kami bukan pasukan pilihan dan ia jelas tidak memberi tekanan sebaliknya membolehkan kami beraksi tanpa tekanan dan ia juga akan meningkatkan lagi motivasi kami tatkala berdepan pasukan lawan yang berstatus bintang.

“Selepas menang dua perlawanan, kami akan berusaha cipta satu lagi kemenangan dan mengakhiri pusingan pertama dengan mata maksimum namun kami tidak boleh terlalu teruja menewaskan pasukan lawan sebaliknya perlu beraksi tanpa tekanan dan tidak membuat silap,” katanya.

sumber:- HM

Dia juga optimis JDT akan melakar kejutan untuk memburu kemenangan ketiga berturut-turut malah berkeyakinan rakan sepasukan tampil dengan corak permainan lebih konsisten dan bersedia beraksi dalam tempo berintensiti tinggi.