Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora menganggap kemenangan 2-1 ke atas pendahulu Liga 1 Korea (K1 League), Ulsan Hyundai pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi bukan kemenangan mudah.

Menurut pengendali kelahiran Mexico itu, kemenangan yang dilakar amat mengejutkan kerana skuad kendalian Hong Myung-bo hadir dengan reputasi sebagai juara ACL 2020 dan belum pernah tewas pada aksi Liga K1.

Fernando Forestieri membuka jaringan seawal minit ketiga tetapi Ulsan Hyundai kembali menyamakan kedudukan menerusi Um Wong-san pada minit ke-52. Gol kemenangan JDT dijaringkan Bergson Da Silva ketika permainan berbaki 10 minit.

Katanya, kemenangan yang diraih adalah daripada sikap percaya diri yang ada pada setiap pemain untuk menyaingi kehebatan pemain kelab dari Korea Selatan.

Kami berdepan dengan pasukan lawan yang menguasai 63 peratus permainan tapi kami mampu mengimbangi kekuatan mereka dengan memberi tekanan sepanjang 25 minit perlawanan. Taktik mengajak lawan sentiasa berlari memberi kesan apabila mereka tampak keletihan.

Saya akui secara taktikal permainan dan teknikal, pemain Ulsan Hyundai memiliki segalanya dan kami terpaksa berhempas pulas menyaingi kehebatan mereka yang kerap menggerakkan bola dan menyusun permainan bermula di posisi pertahanan, tengah dan posisi sayap kiri dan kanan.

“Namun di penghujung permainan, kami beraksi dengan baik dan jika kami gagal mengimbangi kekuatan lawan sudah tentu kami tewas pada perlawanan itu. Namun saya akui agak sukar untuk mengekalkan taktik permainan yang konsist3n,” kata Mora.

Sementara itu, Myong-bo menegaskan kesilapan yang dilakukan barisan pertahanan menjadi faktor utama pasukannya tewas malah persembahan yang dipamerkan juga mengecewakan di mana anak buahnya kerap memberi ruang kepada pemain JDT bergerak dan menyusun s3rangan.

sumber:- BH

“Kekalahan ini adalah pengajaran buat kami dan apa yang berlaku sekurang-kurang memberi kesedaran betapa saingan Kumpulan I tampak begitu sengit dan kami akan bangkit pada pusingan kedua apabila sekali lagi bertemu JDT,” kata Myung-bo.