Rezeki Ramadan. Ini reaksi pemain sayap kanan Terengganu FC II (TFC II), Muhammad Muslihuddin Atiq Mat Zaid selepas namanya tersenarai dalam kem latihan skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) bagi menghadapi saingan Sukan SEA di Hanoi, Vietnam bulan depan.

Pemain yang lebih mesra dipanggil Atiq akui panggilan bersama skuad kebangsaan itu bagaikan peluang kedua buatnya selepas sembuh daripada kec3deraan (ACL) tujuh bulan lalu.

Kali terakhir pemain kelahiran Felda Cherul, Kemaman berusia 21 tahun itu dipanggil menjalani sesi latihan bersama skuad kebangsaan pada peringkat kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia tahun lalu, namun tidak terpilih kerana mengalami kec3deraan.

Dalam saingan Liga Perdana musim ini selepas tiga perlawanan, pemain itu kerap diturunkan membarisi skuad bimbingan Badrul Afzan Razali dengan aksi yang tidak mengecewakan.

3Ini panggilan kali keempat saya bersama skuad kebangsaan bermula dengan skuad Bawah 19 Tahun, sudah pasti keinginan saya begitu tinggi untuk menyarung jersi kebangsaan lebih-lebih lagi musim lalu tidak tersenarai kerana mengalami kec3deraan lutut yang serius.

Malah saya juga begitu gembira masih diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih, Brad Maloney walaupun saya baharu pulih sepenuhnya daripada kec3deraan ACL tujuh bulan lalu, ini rezeki bulan Ramadan.

“Justeru saya tidak mahu terpilih dalam kem latihan sahaja, sebaliknya saya berazam melakukan yang terbaik sepanjang sesi latihan dengan memberikan saingan yang sihat untuk berada dalam senarai terakhir pemain ke Sukan SEA nanti,” katanya ketika dihubungi.

sumber:-HM

Selain Atiq, tiga lagi rakan sepasukannya iaitu penjaga gol, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin, Mohd Safwan Mazlan (pertahanan) dan pemain sayap, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar turut dipanggil menjalani latihan bersama skuad negara.