Kami dah bosan dengar cerita mengenai siapa pemilik Perak FC yang tak selesai selesai lagi.

“Pasukan di ambang penyingkiran dalam minggu ini, jadi kami ambil langkah mengadakan kempen kutipan dana bagi menyelesaikan tunggakan gaji pemain musim lalu, musim ini dan embargo pasukan.”

Demikian kata Setiausaha kehormat Persatuan Penyokong Bolasepak Perak, Hakimi Abd Halim yang mengambil langkah terdesak bersama-sama beberapa lagi kelab utama penyokong Perak FC bagi mengutip dana RM1 sejak, Jumaat lalu.

Jelas Hakimi, penyokong sudah muak dengan ‘permainan’ tarik tali pihak pengurusan kelab yang sehingga kini masih gagal mencari pemilik baharu bagi menyelamatkan Perak FC daripada disingkirkan musim ini.

Katanya, sejak kempen berkenaan dilancarkan Jumaat lalu, setakat pukul 11 pagi tadi, pihaknya berjaya mengumpul sebanyak RM11,300 dengan pihaknya mensasarkan kutipan sejumlah RM1.7 juta sebelum Khamis ini.

Kita dah kesuntukan masa dan kami sebagai penyokong dah tak mahu ambil tahu siapa pemilik baharu kelab lagi.

Masalah di peringkat itu tak selesai-selesai sedangkan Perak sebenarnya di ambang penyingkiran daripada Liga Malaysia musim ini. Kami tak mahu Perak dibuang disebabkan isu tunggakan gaji.

“Jadi kami bersama kelab-kelab penyokong membentuk gabungan besar melancarkan kempen RM1 ini bagi menyelamatkan pasukan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, nasib skuad The Bos Gaurus umpama ‘telur di hujung tanduk’ apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi tempoh sehingga Khamis ini bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain musim lalu dan tonggak musim ini yang dianggar jutaan ringgit.

Sekiranya gagal, Perak FC berisik0 disingkirkan daripada saingan Liga Perdana musim ini meskipun sebelum ini hukuman pemotongan sembilan mata sudah dilaksanakan.

sumber:- HM

Difahamkan, pemilik kelab iaitu Impact Media & Communications Sdn Bhd (IMC) di peringkat akhir untuk menyerahkan kelab itu kepada JR Resources.