Sukan

Faiz Nasir sendiri buka mulut

Selepas tiga hari menjalani rawatan, pemain sayap lincah Terengganu FC (TFC), Mohd Faiz Nasir akhirnya ‘membuka mulut’ bagi merungkaikan punca dia dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), dekat sini, tengah malam, Jumaat lalu.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, hasil laporan perubatan, dia tidak mengalami masalah berkaitan jantvng, kans3r mahupun keracvnan makanan sebagaimana yang tersebar dalam laman sosial sebelum ini.

Sebaliknya pemain berusia 29 tahun itu menyatakan faktor keletihan, sak!t kepala dan kesukaran bern@fas adalah punca dia dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan lebih lanjut.

Namun pemain kelahiran Kelantan itu yang berpindah dari HSNZ ke Terengganu Specialist Hospital (KTS) sejak semalam akui tahap kesihatannya kini semakin stabil dan kembali sihat.

Insya-Allah jika rawatan terakhir hari ini iaitu mengenai saluran darah berada dalam keadaan baik, saya akan dibenarkan keluar dari KTS petang ini.

Doktor memaklumkan saya tidak mengalami masalah berkaitan jantVng, kans3r mahupun keracVnan makanan, sebaliknya ianya disebabkan keletihan dan sakit pada bahagian kepala menyebabkan saya kerap mVntah selepas berbuka puasa.

“Saya harap dapat kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukan seperti biasa kerana sudah tidak sabar beraksi buat kali pertama musim ini, terima kasih peminat atas doa,” katanya ketika dihubungi.

Mengimbas kejadian malam Jumaat lalu, Faiz menjelaskan sebelum turun menjalani latihan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dia terasa tidak sedap badan dan sak!t pada bahagian kepala.

Namun disebabkan keinginan yang tinggi untuk membantu pasukan menentang Sarawak United FC pada Ahad lalu, saya gagahi juga untuk turun berlatih sebagai persiapan sebelum perlawanan itu.

“Tapi saya tidak sempat menjalani latihan sebelum pulang ke rumah, sebaik berada di rumah saya mengalami kesukaran untuk bern@fas dan sak!t bahagian kepala sebelum meminta rakan membawa ke HSNZ.

“Sebaik tiba di HSNZ lebih kurang jam 12 tengah malam, saya diberi rawatan awal di bahagian kecemasan sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) untuk rawatan lanjut kerana disyaki kena s3rangan jantung,” katanya bersyukur selain mengharapkan dengan penjelasan itu dapat meredakan kegelisahan peminat skuad Penyu.