Sukan

Mora akan ikat pemain nombor 8

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui pemainnya akan berdepan tugas sukar apabila berdepan kelab Korea Selatan, UIsan Hyundai pada aksi kedua Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Mora tanpa berselindung menganggap pert3mbungan men3ntang pendahulu Liga 1 Korea (K1 League) itu amat sukar untuk diterjemahkan dengan kemenangan namun berharap faktor cvaca dapat membantu JDT mengimbangi kekuatan skuad kendalian Hong Myung-bo itu.

Kami melihat aksi pertama mereka men3ntang Kawasaki Frontale dan mereka tampil dengan corak permainan yang tersusun dan beraksi di padang Stadium Sultan Ibrahim semestinya beri kelebihan buat mereka kerana padang di sini sama kualiti di Korea.

Apapun, kami akan bersedia untuk mengharungi 90 minit perlawanan dan akan berdepan corak permainan fizikal yang bakal ditampilkan barisan pemain Ulsan Hyundai namun kami juga memiliki pemain yang mantap seperti Shane (Lowry) di posisi pertahanan dan Natxo (Insa) yang mampu mengimbangi corak permainan keras pasukan lawan.

“Mengenai barisan pemain lawan yang harus diberi tumpuan, saya perlu mengingatkan pemain JDT untuk mengawasi pemain tengah nombor 8 (Jun Amano) yang beraksi konsisten dan sentiasa menjana gerakan berb@haya selain striker dari Brazil (Leonardo de Souza) dan dua lagi pemain import, Mark Koszla serta Valeri Qazaishvili,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Ulsan Hyundai menyifatkan dua striker JDT, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri mampu beri anc@man kepada pasukannya.

Bekas jurulatih Korea Selatan pada musim 2013-2014 yang kini membimbing Ulsan Hyundai berkata, Bergson dilihat mampu menidakkan usaha pasukannya memburu kemenangan pertama selepas sekadar seri 1-1 ketika men3ntang Kawasaki Frontale pada aksi pertama, Jumaat lalu.

Bergson berpengalaman beraksi di Liga Korea bersama dua kelab iaitu Suwon Bluewings FC dan Busan IPark FC dan pemain itu harus diawasi dan tidak boleh membiarkan dia bergerak bebas malah kami juga perlu berjaga-jaga dengan kelibat Forestieri.

Benteng kami perlu membuat persediaan rapi bagi menghalang kelibat dua pemain JDT itu yang memiliki lenggok badan yang mengelirukan ketika mengawal bola dan bijak menghidu ruang kosong untuk bertindak melakukan percubaan berb@haya.

sumber:- BH

“Selepas mengharungi aksi pertama yang dianggap begitu sengit dan mampu mencatat keputusan seri, kini kami akan memberi sepenuh tumpuan untuk memburu kemenangan pertama tapi harus berjaga-jaga dengan penampilan corak permainan JDT yang mungkin berbeza ketika mereka menang ke atas Guangzhou FC,” katanya.