Sukan

KL City sekat hasrat kejar JDT

Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC mengesahkan tiga mata apabila membenam Sabah FC 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.Keputusan itu menyebabkan hasrat Sabah FC unutuk terus kejar JDT terbantut.

Jelas tonggak import skuad The City Boys, Romel Morales terus menjadi duri dalam daging buat pasukan pelawat apabila menyumbang kedua-dua gol untuk memastikan kemenangan.

Mereka terpaksa menunggu sehingga minit 37 untuk memecah kebuntuan gol apabila Morales bijak menanduk masuk hasil sepak percuma diambil Paulo Josue untuk kedudukan 1-0.

Separuh masa kedua bersambung menyaksikan perlawanan seimbang apabila pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee turut melancarkan s3rangan berbahaya untuk mencari gol penyamaan.

Pasukan pelawat berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke 72, namun percubaan pemain import Sabah dari Jepun Taiki Kagayama berjaya diselamatkan Kevin Ray Mendoza.

sumber:- HM

Namun, kealpaan benteng pertahanan Sabah FC terus dihukum KL City FC apabila Morales bijak manfaatkan peluang untuk menyumbat gol kedua tuan rumah, dua minit sebelum perlawanan tamat.