Sukan

Kad Merah pelik, pengadil silap pemain

Sebelum ini, mutu pengadilan sentiasa menjadi ‘acara tahunan’ yang menyaksikan Sri Pahang FC menjadi mangsa sebanyak dua kali sehingga meleburkan impian mereka untuk merangkul kemenangan.

Sekurang-kurangnya dua gol mereka dibatalkan ketika berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC sebelum mereka diikat PJ City FC menerusi gol kontr0versi yang pada awalnya dibatalkan namun kemudiannya disahkan pengadil.

Namun, kualiti pengadilan terus hangat diperkatakan dan kali ini membabitkan insid3n yang berlaku ketika aksi Liga Perdana antara Perak FC berdepan Kelantan FC di Stadium Perak, malam tadi.

Berdasarkan klip video yang tular di laman media sosial, penyokong mempersoalkan tindakan pengadil, Muhd Izzul Fikri Kamaruzaman selepas melayangkan kad merah ‘pelik’ kepada pemain The Bos Gaurus.

Malah, penyokong turut mendakwa Izzul tersilap identiti untuk melayangkan kad merah ataupun melayangkan kad merah pada pemain yang dilihat tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Menerusi insid3n yang tercetus pada minit ke-42 itu, pemain Perak FC, Idris Ahmad melakukan terjahan ke atas pemain Kelantan FC, Danial Hadri dan bola keluar untuk sepakan sudut kepada pelawat.

Namun, Danial gagal mengawal emosi apabila secara tiba-tiba menendang dan menyepak Royizzat Daud yang lalu di belakangnya kerana menyangkakan pemain itu yang melakukan terjahan ke atasnya.

Situasi itu menyebabkan pengadil terus melayangkan kad merah kepada Danial namun selepas itu, apa yang menghairankan adalah Royizzat turut menerima nasib sama apabila dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Pemain Perak FC terus menyerbu pengadil untuk membantah keputusan itu namun keputusan pengadil muktamad sekali gus memaksa kedua- dua pasukan beraksi dengan 10 pemain.

Apa pun yang terjadi, kredibiliti pengadil tidak boleh dipersoalkan kerana mungkin Izzul ada gambaran ataupun sebab yang jelas atas tindakan melayangkan kad merah kepada pemain Perak FC.

Cuma melihat kepada beberapa insiden mutu pengadilan yang sudahpun menjadi perhatian sebelum ini, insid3n terbaru ini pasti memberikan tekanan yang berterusan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Nampaknya Jawatankuasa Pengadil FAM perlu mengambil tindakan tegas ke atas pengadil pada setiap minggu susulan kelemahan yang ditunjukkan ketika mengendalikan perlawanan Liga M.

Seandainya pengadil berterusan digantung atas kelemahan mereka, berapa lagi pengadil yang akan tinggal dan boleh diturunkan untuk mengadili perlawanan pada musim ini?

Apapun, insid3n pengadil tersilap identiti atau orang lain buat silap, orang lain kena ‘getahnya’ bukanlah insid3n yang pelik kerana ia pernah berlaku di liga terkemuka dunia sekalipun.

sumber:- BH

Sebagai rekod, pemain Arsenal, Oxlade Chamberlain menghalang percubaan gol Eden Hazard namun pengadil, Andre Marriner tersilap melayangkan kad merah kepada Kieran Gibbs.