Sukan

Dua Pemain bakal di ikat

“Dua striker Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri mampu beri ancaman kepada kami.”

Itu komen ketua jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo pada sidang media menjelang pertembungan men3ntang JDT pada aksi kedua Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Bekas jurulatih Korea Selatan musim 2013-2014 yang kini membimbing Ulsan Hyundai berkata, Bergson di lihat mampu menidakkan usaha pasukannya memburu kemenangan pertama selepas sekadar seri 1-1 ketika men3ntang Kawasaki Frontale pada aksi pertama, baru-baru.

Bergson berpengalaman beraksi di Liga Korea bersama dua kelab iaitu Suwon Bluewings FC dan Busan IPark FC. Pemain itu harus diawasi dan tidak boleh membiarkan dia bergerak bebas malah kami juga perlu berjaga-jaga dengan kelibat Forestieri.

Benteng kami perlu membuat persediaan rapi bagi menghalang kelibat dua pemain JDT itu yang memiliki lenggok badan yang mengelirukan ketika mengawal bola dan bijak menghidu ruang kosong untuk bertindak melakukan percubaan berbahaya.

“Selepas mengharungi aksi pertama yang dianggap begitu sengit dan mampu mencatat keputusan seri, kini kami akan memberi sepenuh tumpuan untuk membvru kemenangan pertama tapi harus berjaga-jaga dengan penampilan corak permainan JDT yang mungkin berbeza ketika mereka menang ke atas Guangzhou FC,” katanya.

Myung-bo juga belum memikirkan untuk membuat rombakan pada barisan utama pasukan itu dalam usaha memperkuatkan kesebelasan utama bagi berdepan skuad Harimau Selatan dan sebarang keputusan akan dibuat selepas latihan terakhir petang ini.

Dalam pada itu pemain pertahanan, Lim Jong-eun menegaskan aksi menentang JDT begitu penting buat dirinya dan rakan sepasukan kerana tidak mahu lagi mengalami kekecewaan ketika aksi pertama apabila pasukan lawan menidakkan kemenangan yang sudah hampir digenggaman.

sumber:- HM

“Kami tidak boleh lagi leka pada saat akhir perlawanan dan perlu mengekalkan fokus sehingga tamat perlawanan dan kami tahu JDT ada kelebihan beraksi di depan penyokong mereka sendiri tapi kami kena beri sepenuh tumpuan di padang untuk buru misi tiga mata,” kata Jong-eun.